Showing posts with label politics. Show all posts
Showing posts with label politics. Show all posts

Monday, March 2, 2009

Reformasi

Ternampak laman web Shin yang berubah rupa, tergoyang hatiku nak kemaskinikan design lampiranku yang lama tak terkendali. Shin yang kini sibuk dengan rancangan honey-moon-nya, seolah mempunyai terlampau banyak masa lapang, berupaya membuat pelbagai contengan baru untuk lamannya. Memang itu dia wanita upaya yang pernah jadi setiausaha teruggul in sekolah.

Entah kenapa hatiku semakin pilu membaca berita dalam negeri di seberang laut. Gelora politik negara kita seupama drama komedi membongkar kelemahan pimpinan yang kurang beriman, bermain api dengan salahgunaan kuasa dan wang negara. Ke mana sudah wawasan negara untuk bergerak ke arah kemajuan sebagai negara perindustrian? Ke mananya "bersih, cekap dan amanah"?

Adalah pada ketika yang sama aku berada di Jepun, dapat kusaksi Perdana Mentri Koizumi menjadi PM ke56. Beliau pernah menjadi harapan sanubari setiap warga Jepun pada masa itu, sebagi pembaharu ekonomi yang berusaha memperbaiki hutang kerajaan, mengemaskini sistem bank serta penswastaan perkhidmatan pos negara.

Kini, Presiden Obama muncul sebagai bintang politik di dalam dan di luar negara Amerika, mempersonakan kita dengan pelbagai polisi untuk membawa negaranya mengatasi krisis ekonomi dunia.

Harap-harap satu hari nanti, negara kita dapat bangun menyedari kelemahan kita, menolak ideologi yang mementingkan warna kulit dan keturunan, dan menyaksikan kelahiran seorang "bintang politik" yang berupaya membawa negara kita kegemilangan and kamajuan. Pada hari itulah, dapat kita berasa bangga dipanggil "anak Malaysia"...